unsplash_52dd4720e8387_1
Dunia kita tercipta dalam kejadian yang sungguh menakjubkan. Dari fizik ke kimia, biologi ke astronomi, semuanya saling berkaitan untuk melengkapi di antara satu dengan yang lain. & MEM percaya bahawa setiap elemen ini menyumbang kepada keseimbangan alam di sekitar kita. Di sini lahirnya idea untuk membuat Jam Pusingan Lawan Arah Jam.

Memperkenalkan +CLOCKWISE, cara kami menginterpretasikan Counterclockwise(pusingan arah lawan jam).

Pernahkah anda bertanya dengan diri anda, kenapa pusingan jam di jam dinding rumah anda bergerak dari kiri ke kanan? Kenapa tidak kanan ke kiri?

Sebenarnya ini terjadi kerana tamadun-tamadun manusia yang hebat suatu ketika dahulu kebanyakannya berkembang maju di Hemisfera Utara(Rom, Eropah, Greek, Mesir). Begitu juga dengan tamadun yang pertama menggunakan bayang-bayang matahari untuk melihat waktu(masa). Oleh kerana mereka berada di hemisfera utara, bayang-bayang matahari yang terhasil pada jam matahari mereka bergerak dari kiri ke kanan.

Jika tamadun-tamadun silam ini berkembang maju di Afrika Selatan ataupun di New Zealand misalnya, kemungkinan besar jam kita pada hari ini bergerak sebaliknya, dari kanan ke kiri.

Jadi tiada silapnya bukan untuk memanggil pusingan Counterclockwise(Pusingan Arah Lawan Jam) ialah juga pusingan jam. Hal ini kerana, seperti yang kami jelaskan di atas, pusingan yang sedia ada sekarang hanyalah kebetulan dan ianya boleh terjadi sebaliknya jika tamadun-tamadun silam tersebut berkembang di sebelah selatan bumi kita.

Jadi, kenapa Counterclockwise?
Sebenarnya Counterclockwise itu sendiri membawa banyak pengertian. Unsur positif dalam kejadian semulajadi dan sains di dunia ini selalunya dikaitkan dengan pusingan lawan arah jam.

Pernahkah anda memerhati para atlet berlari di padang balapan? Sedarkah anda bahawa mereka berlari melawan arah jam? Hal ini kerana menurut mereka, jika manusia berlari mengikut pusingan jam yang sedia ada, para atlet akan mudah penat berbanding membuat larian melawan arah jam. Darah manusia mengalir dari kiri ke kanan masuk ke dalam jantung kita. Apabila kita berlari dalam keadaan melawan pusingan jam, darah kita akan bergerak dengan lebih lancar akibat tekanan yang terhasil berbanding dengan larian yang mengikut arah jam. Selain itu, planet yang kita diami ini juga begerak mengelilingi matahari dalam pusingan melawan arah jam. Oleh kerana itu, MEM percaya bahawa pergerakan counterclockwise dalam setiap unsur ini memberi sumbangan dalam menghasilkan dunia kita yang seimbang. Oleh sebab itu jugalah terhasilnya idea untuk menggunakan pusingan lawan arah jam di dalam jam-jam keluaran kami sebagai simbol dan mimick pusingan yang banyak unsur positifnya ini.

Kami di sini hanya ingin menampilkan perbezaan. Bukannya untuk mengajar anda mana yang betul dan mana yang salah. Kerana bagi kami, setiap unsur di dunia ini saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Mungkin sekarang anda sudah mengerti kenapa kami menggunakan simbol “+” di hadapan perkataan “clockwise”. MEM Watches, a Positive Clockwise ( + clockwise)

English Version

+Pusingan Lawan Arah Jam