+MERDEKA // POSITIVEMERDEKA

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

01_TAR

 

Laungan yang pasti akan kita dengar pada 31 Ogos, setiap tahun bermula dari tahun 1957. Tahun ini sudah masuk 59 tahun kita sebagai rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan. Yang ke-59 tahun! Lama, cukup lama.

 

Akan tetapi, adakah kita benar-benar faham apa itu “Merdeka”? Lebih-lebih lagi bagi generasi muda seperti kita, yang sejak lahir lagi sudah berada di zaman yang serba moden, zaman yang serba ada dan serba canggih. Tahukah kita kepayahan dan keperitan yang telah dilalui oleh nenek moyang kita untuk mendapatkan kemerdekaan untuk kita dapat hidup dengan selesa seperti hari ini? Fahamkah kita dengan istilah “perjuangan” sebenar?

 

Apakah erti kemerdekaan?

Kemerdekaan membawa definisi yang amat bermakna kepada sesebuah negara yang sudah bebas dari pemenrintahan penjajah. Kemerdekaan itu ibarat harta yang bernilai dalam menentukan kedaulatan negara dan bangsa.

 

Oleh yang demikian, bemula dari tahun ini, kami di MEM Watches ingin menerapkan jiwa dan semangat +MERDEKA // POSITIFMERDEKA.

02_POSITIVEMERDEKA

 

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama mempositifkan diri kita untuk membina negara yang lebih maju! Marilah kita sebagai rakyat Malaysia mempositifkan diri kita untuk membina masa depan Malaysia yang lebih indah! Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berganding bahu, tanpa mengira latar kaum dan agama, politik dan paras rupa, untuk menghargai segala perit lelah pejuang-pejuang kemerdekaan kita. Susah? Ya, memang susah. Lagi-lagi dengan pelbagai isu yang sedang berlangsung dalam negara kita sejak kebelakangan ini. Namun ianya tidak seharusnya dijadikan penyebab dan penghalang untuk kita hilang rasa cinta terhadap negara. Sebaliknya ianya harus dijadikan titik mula untuk kita membina sesuatu yang lebih positif dan indah untuk negara kita.

Ingatlah, bagaimana dengan generasi yang akan datang? Adakah kita ingin mereka dibesarkan dengan perasaan yang penuh kebencian kepada negara kita sendiri? Adakah kita ingin mereka membesar dengan hilang rasa cinta pada negara?

TIDAK! TIDAK SAMA SEKALI!

Sebagai anak muda, kita haruslah sentiasa ingat perit dan lelah para pejuang zaman dahulu yang sanggup bermati-matian untuk menubuhkan sebuah negara yang berdaulat, Malaysia.
1

Cuba kita imbau kembali bagaimana nenek moyang kita hidup pada zaman yang dijajah oleh negara luar? Di zaman di mana undang-undang dan peraturan di tanah sendiri ditentukan oleh orang luar?

Bagaimana kesusahan dan kepayahan yang dilalui oleh tokoh-tokoh kemerdekaan kita dalam mencari jalan dan solusi untuk mencapai kemerdekaan untuk Malaysia agar kita dapat hidup dalam undang-undang sendiri tanpa campur tangan Negara luar?

Marilah kita besama-sama, berganding bahu, dalam bulan kemerdekaan ini, untuk menjiwai semangat Positif Merdeka!

Jika bukan kita, siapa lagi yang akan cintakan Negara Malaysia?

Jadi tepat jam 12 malam, 31 Ogos ini, marilah kita sama-sama, berdiri tegak dan laungkan “MERDEKA”, dan nyanyikan lagu “Negaraku” dengan penuh semangat dan rasa bangga bahawa – hari ini telah masuk ke 59 tahun kita hidup bebas dari penjajah!

Kepada tokoh-tokoh negara, ahli pahlawan negara, dan rakyat Malaysia (Ya, dahulu rakyat-rakyat sendiri juga telah sama-sama berjuang demi negara) – Terima kasih! Jasamu akan sentiasa dikenang. Pergorbananmu tiada gantinya.

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59, MALAYSIA!  Positif Merdeka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *